suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UPSR: Kertas Siasatan Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara Minggu Depan

Gan Kong Meng.
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris dijangka diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata ketika ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan.

"Tiada tangkapan baharu setakat ini. Semua 14 individu yang ditangkap telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehingga Ahad, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes itu.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari sama. 

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

Pada Ahad, polis menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas peperiksaan UPSR iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

UPSR bocor, Gan Kong Meng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain