suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu MB: MPP Kesal Layanan Istana Terhadap Pencalonan Wan Azizah

Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
PETALING JAYA: Walaupun akur dengan keputusan Sultan Selangor untuk melantik Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan lantang menyatakan rasa kesal dengan layanan Istana terhadap pencalonan presiden parti itu.

Di dalam kenyataannya, MPP memaklumkan bahawa pencalonan Wan Azizah memenuhi kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor kerana mendapat sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu.

Oleh itu, MPP berpendapat proses memperkenan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu itu bukan sahaja tidak mengikut kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tetapi bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen.

"MPP amat kesal dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan Wan Azizah sehingga beliau langsung tidak dipanggil menghadap walaupun mendapat sokongan majoriti yang jelas," demikian menurut kenyataan tersebut, malam Isnin.

Bagaimanapun, MPP memutuskan untuk menghormati permintaan Wan Azizah yang menarik diri daripada dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera.

Menurut kenyataan itu, MPP juga bersetuju dengan cadangan yang Wan Azizah agar Azmin dikemukakan sebagai calon menteri besar dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi.

"Ini selaras dengan pendirian MPP bahawa kemuliaan perlembagaan dan keluhuran undang-undang perlulah dipertahankan sepanjang masa," kata kenyataan itu.

MPP turut menegaskan proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) pada masa hadapan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terima Kasih PKR - Azmin

Artikel Lain