suria

Dua Lelaki Ditahan Miliki 2Kg Ganja George Town

GEORGE TOWN: Dua lelaki yang cuba menyorok dua kilogram ganja dalam kertas pembalut hadiah ditahan polis di Jalan Gurdwara di sini malam Sabtu. 

Sebelum itu sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan mendapati suspek berada dalam sebuah kereta dengan gerak-geri mencurigakan di Jalan Sungai Pinang di sini kira-kira pukul 10.30 malam. 
 
"Pihak kami cuba menahan suspek untuk pemeriksaan namun mereka memecut laju kereta yang dinaiki," kata jurucakap polis ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis kemudiannya mengejar suspek sejauh kira-kira tujuh kilometer sebelum kereta terbabit merempuh pembahagi jalan di Jalan Gurdwara. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki berusia 20-an dan 40-an terbabit. 

Katanya suspek berkenaan direman selama enam hari bagi membantu siasatan. 


ganja

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain