suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis MB: PKR Nafi Beri Restu Kepada Azmin

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu menafikan dakwaan bahawa Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi restu kepada Timbalan Presidennya, Azmin Ali sekiranya beliau dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata parti juga tidak akan memberi sokongan kepada mana-mana calon lain bagi jawatan tersebut selain daripada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

"Saya ingin menegaskan pendirian rasmi PKR dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Saifuddin turut menegaskan bahawa Dr Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti dengan 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon tungggal bagi jawatan berkenaan. 

Azmin, juga antara mereka yang turut menandatangani SD berkenaan, dikatakan merupakan salah seorang calon yang akan dilantik sebagai menteri besar. 

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pendirian parti menetapkan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk memegang jawatan berkenaan dan pendirian tersebut tidak berubah. 

Beliau berkata semua laporan berita yang memetik sumber, adalah tidak berasas. 

Majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada 10 pagi Selasa. 


Artikel Lain