suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Kaki Pukau Warga Pakistan

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Polis kini sedang memburu seorang lelaki di percayai warganegara Pakistan yang memukau wanita untuk menyerah barang kemasnya di Seksyen 20, Shah Alam.

"Siasatan mendapati lelaki tersebut, menaiki motosikal berpura-pura menjual kain kepada seorang wanita 60-an, yang tinggal berseorangan di rumah pada masa itu.

"Lelaki tersebut memukau wanita itu dengan mengibarkan sehelai kain dimukanya," jelas satu kenyataan polis Shah Alam pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, apabila suami mangsa balik ke rumah pada pukul 6 petang, dia mendapati isterinya berada dalam kebingungan.

"Suami mangsa juga mendapati barang kemas yang dipakai isterinya serta yang disimpan di dalam almari turut hilang," jelas kenyataan itu sambil menambah pihak polis sukar mengesan nombor pendaftran motosikal itu berdasarkan maklumat yang diberi oleh jiran mangsa.

Polis Shah Alam juga turut menasihatkan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati apabila didekati lelaki ini dan terus menghubungi ibu pejabat polis daerah di talian 03-55202022.

pukau, pakistan

Artikel Lain