Pengkalan Kubor: Undi Kerana Allah - Nik Aziz - Semasa | mStar

Pengkalan Kubor: Undi Kerana Allah - Nik Aziz

PENGKALAN KUBOR: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)  Pengkalan Kubor supaya mengundi kerana Allah.

Katanya, setiap pengundi akan mati serta akan dihidupkan semula, perkara itu tidak disebut dalam sebuah negara demokrasi sebaliknya hanya disebut dalam al-Quran dan Islam.

"Mengundi kerana Allah bukan kerana bangsa Melayu, bukan kerana bendera atau tanah air.

"Dalam demokrasi, kebangsaan, nasional tak ada sebut 'yang mati akan hidup balik'," katanya ketika menyampaikan ceramah umum, di Pantai Geting di sini, malam Jumaat.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasruddin Daud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran Zaki Ibrahim dan Ketua PKR negeri Ab Aziz Ab Kadir.

Ceramah umum itu adalah yang pertama daripada dua ceramah yang dianjurkan PAS dalam siri kempennya di Pengkalan Kubor.

Nik Aziz berkata, pada hari mengundi pada 25 September ini, setiap penduduk mempunyai kewajiban untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Tanpa mengira pangkat atau kedudukan, jelasnya, mengundi adalah satu kewajiban bagi membolehkan Islam terus digerakkan.

"Kita bertanggungjawab kepada Allah untuk menggerakkan Islam sama ada dari segi politik, ekonomi atau mengundi," katanya.




Pengkalan Kubor , PAS , Umno

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain