suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Mengamuk, Serang Polis

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk menggunakan pisau dan besi di hadapan sebuah hotel di Jalan Pintu Sepuluh di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di hadapan hotel tersebut pada tengah hari.

Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima maklumat mengenai kejadian amuk di hadapan kedai makan di Mergong Indah.

Namun suspek kemudiannya dikesan di hadapan sebuah hotel, tetapi kemudian melarikan diri dengan memandu kereta secara agresif di sekitar Jalan Putra, Jalan Gangsa dan Jalan Suka Menanti," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihak polis kemudiannya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa dia isteri kepada suspek dan menyatakan suaminya itu kurang siuman.

Adzaman berkata suspek kemudiannya didapati memberhentikan keretanya di hadapan hotel yang sama dan bertindak menyerang polis dengan batang besi dan pisau apabila diminta menyerah diri.

Suspek kemudiannya dihantar hospital psikiatri untuk diperiksa.


Alor Setar, Mergong. Polis

Artikel Lain