MH17: Jenazah Dua Beradik Dikebumi Satu Liang - Semasa | mStar

MH17: Jenazah Dua Beradik Dikebumi Satu Liang

Keluarga Allahyarham Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi diziarahi keluarga di Masjid Jamek, Kuching pada Jumaat.

KUCHING: Jenazah dua beradik, Muhammad Afzal Tambi, 17, dan adiknya Marsha Azmeena, 15, disemadi dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini selepas solat Jumaat.

Jenazah dikebumikan pada 2.25 petang bersebelahan kubur bapa mereka Tambi Jiee, ibu mereka Ariza Ghazalee dan abang mereka Muhammad Afif.

Jenazah Ariza dan Muhammad Afif disemadikan pada 22 Ogos lepas dan jenazah Tambi pada 9 Sept.

Jenazah kedua-dua beradik itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 11.35 pagi dan terus dibawa ke Masjid Jamek Petra Jaya.

Solat jenazah diketuai Imam Besar Negeri, Datuk Johji Suhaili.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengetuai orang kenamaan negeri melakukan solat jenazah.

Sementara itu mayat anak bongsu Tambi, Muhammad Afruz, 13, belum dikenal pasti untuk dibawa pulang.

Mereka sekeluarga merupakan mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbngan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.


MH17 , MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Khidmat Tulis Wasiat Meningkat

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor