suria

Wujud Gerakan Guling Presiden PAS

Muktamar Tahunan PAS ke-60 dikejutkan dengan pendedahan yang mendakwa wujud gerakan terancang untuk menggulingkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

BATU PAHAT: Muktamar Tahunan PAS ke-60 dikejutkan dengan pendedahan yang mendakwa wujud gerakan terancang untuk menggulingkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lebih mengejutkan apabila gerakan berkenaan dikatakan turut didalangi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Perwakilan Kelantan, Ahmad Fadhil Shaari ketika mendedahkan maklumat itu berkata, dakwaannya itu disokong dengan bukti ramakan video mengenai perhimpunan gerakan berkenaan di Kota Baru baru-baru ini.

"Wujud anasir untuk turunkan presiden, ada satu perhimpunan di Kota Baru pada 31 Ogos lalu.

"Malah ada AJK PAS Pusat yang hadir. Saya ada rakaman. Kalau Pengerusi izinkan, saya boleh pasang...tapi panjang sangat. Perhimpunan itu menyebut tentang usaha untuk menjatuhkan presiden," katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden ketika Muktamar Tahunan PAS ke-60 pada Jumaat.

PAS dilihat berhadapan masalah dalaman apabila wujud pertikaian mengenai kuasa eksekutif Abdul Hadi sebagai Presiden dalam menyatakan pendirian dan keputusan membabitkan kepentingan parti.

Isu berkenaan timbul apabila Abdul Hadi menyatakan pendirian bertentangan dengan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP berhubung pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Ahmad Fadhil turut menegur Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Abdul Hadi.

Katanya tindakan itu jelas melanggari adab dan tatatertib sebagai ahli PAS.

"Kita sedih dengan apa yang berlaku iaitu apabila presiden buat kenyataan mengenai menteri besar (Selangor) dengan berpegang kepada keputusan Majlis Presiden bahawa 'Langkah Kajang' bukan bertujuan menukar menteri besar dan berpegang dengan keputusan asal...tapi timbalan kata ini keputusan peribadi presiden.

"Timbalan sepatutnya membantu dan memperkukuhkan presiden. Kalau ada beza pandangan, bincang dalam mesyuarat bukannya guna media," katanya.

Presiden PAS

Artikel Sebelum

Artikel Lain