suria

UPSR Bocor: Dua Lagi Guru Direman 4 Hari

Anggota polis membawa dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya di Putrajaya, Khamis berhubung kes kebocoran soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris yang menjadikan jumlah tangkapan seramai 12 orang setakat ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Dua lagi guru direman pada Khamis selama empat hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes kebocoran soalan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu untuk kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Seorang daripada mereka merupakan wanita berumur 26 tahun yang ditahan di Labis, Johor dan seorang lelaki berumur 31 tahun yang ditahan di Nilai, Negeri Sembilan.

Setakat ini 12 orang telah disiasat berhubung kes kebocoran itu, 10 daripada mereka merupakan guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera.

Berikutan kebocoran itu, kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid mendudukinya Khamis lepas, sementara kerja mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 ditangguhkan sebelum murid mengambilnya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu untuk murid menduduki semula kedua-dua kertas itu.

UPSR Bocor

Artikel Sebelum

PKR, DAP Boikot Muktamar PAS?

Artikel Berikut

Artikel Lain