suria

Ahli PAS Dilarang Sertai Kumpulan Jihad Bertentangan Islam

BATU PAHAT: Ahli PAS dilarang menyertai mana-mana kumpulan pengganas yang berjuang atas nama jihad tanpa berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, tegas Presiden PAS, tegas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, PAS tidak mahu dan tidak akan membenarkan ahlinya terlibat dengan mana-mana kumpulan yang bertindak ganas melangkaui fiqh-jihad, malah bercanggah dengan etika berperang dalam Islam," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Khamis.

Baru-baru ini bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lotfi Ariffin menjadi rakyat Malaysia ketiga yang dilaporkan terkorban di ketika berjuang di Syria.

Mohd Lotfi,46, dari Kuala Ketil, Kedah juga merupakan bekas Exco Pemuda PAS Kedah.

Malah Mohd Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka telah memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria di media sosial.

Pada Jun lalu, PAS Pusat mengesahkan telah memecat Lotfi  selepas mendapat maklumat terlibat dengan gerakan jihad di Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.

Bagaimanapun pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat pada Rabu, sayap PAS itu memberi penghormatan kepada Mohd Lotfi dengan membaca al-Fatihah kepadanya yang disifatkan 'syahid' ketika berjuang di Syria.


Mohd Lotfi, PAS, Muktamar, Syaria

Artikel Lain