suria

Splash Belum Setuju Perjanjian Air - Khalid

Abdul Khalid Ibrahim.

KLANG: Walaupun Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) menerima tawaran pengambilalihan ekuititi dan liabiliti mereka, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) masih belum bersetuju dengan perjanjian tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagaimanapun berkata, keraguan Splash untuk menerima tawaran dari kerajaan negeri bukan satu isu.

Malah, katanya, kerajaan negeri melalui Air Selangor Sdn Bhd masih boleh menjalankan tugas dengan sewajarnya.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin, Khalid berkata, kerajaan negeri menawarkan RM9,65 bilion untuk mendapatkan ekuiti dan liabiliti Puncak Niaga (RM2.47 bilion), Syabas (RM4.34 bilion), Splash (RM1.83 bilion) dan Abbas (RM992.2 juta).

Selepas perjanjian induk ditandatangani di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan Air Selangor, anak syarikat dibawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) untuk mengendalikan industri air di negeri itu, Khalid berkata, perjanjian itu juga digunakan untuk menyuntik peruntukan RM14.9 bilion kepada syarikat tersebut untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air tersebut dan beroperasi dengan lancar.

"Dalam perjanjian itu, turut dinyatakan Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan RM2 bilion kepada Air Selangor untuk tujuan tersebut," katanya.

Khalid berkata pemindahan aset dan liabiliti semua syarikat air yang berjumlah RM6.1 bilon kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) akan dibuat berdasarkan pajakan 45 tahun.

Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengeluarkan kemudahan dan perkhidmatan lesen untuk Air Selangor.

Bagi loji rawatan air Langat 2, Khalid berkata, syarikat itu juga akan mengendalikan loji tersebut sebaik saja ia siap sepenuhnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain