suria

Ketua Umno Bahagian Adakan Pertemuan Tidak Rasmi Dengan Najib

Seri Perdana.

PUTRAJAYA: Sekumpulan ketua Umno bahagian mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dipercayai sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri.

Beberapa kenderaan, dipercayai dibawa oleh semua ketua bahagian itu, dilihat memasuki Seri Perdana dari pukul 3.30 petang.

Sejumlah kenderaan lain, kebanyakannya mempunyai nombor pendaftaran satu digit, dan antara lain dengan lambang "Ahli Parlimen" diletakkan di sepanjang jalan menghala di pintu masuk bangunan Seri Perdana.

Kira-kira tiga jam kemudian, beberapa kenderaan yang sama memasuki bangunan itu beredar manakala kenderaan yang diletakkan di luar masuk ke dalam, dipercayai mengambil ketua-ketua bahagian.

Tidak dipastikan berapa sebenarnya ketua bahagian di dalam pertemuan itu.

Seorang pembantu kepada pemimpin kanan Umno berkata, antara di dalam kumpulan itu adalah Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ismail Sabri dalam jawapan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Star bagaimanapun berkata, ia hanya sekadar pertemuan biasa.

Sebuah portal berita dalam talian pada Khamis melaporkan kira-kira 160 ketua Umno bahagian berkumpul di Putrajaya bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Najib, satu langkah yang dilihat sebagai mencerminkan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap perdana menteri tidak mendapat sokongan dari dalam parti. 

Artikel Lain