suria

Calon MB: PAS Bermesyuarat Malam Rabu Tentukan Calon

SHAH ALAM: PAS Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustapa Ali (Setiausaha Agung PAS) untuk membincangkan mengenai calon bagi jawatan menteri besar Selangor, pada malam Rabu.

Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pertemuan tersebut.

"Satu pertemuan dengan Mustafa Ali akan dibuat malam ini (Rabu). Maaf saya tak boleh beritahu di mana... kita belun putuskan... tunggu selepas mesyuarat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PAS sudah menamakan calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baharu.

Iskandar berkata, keputusan terakhir mengenai calon menteri besar berada pada PAS Pusat yang akan bermesyuarat mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

"Perkara ini akan dibincangkan di peringkat pusat dan mereka akan minta pandangan daripada kami (PAS Selangor).

"Kesemuanya akan ditentukan oleh PAS Pusat nanti. Setakat ini mereka belum bermesyuarat," katanya selepas mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), petang Rabu.

PAS, Selangor

Artikel Lain