suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Selangor: 3 September Tarikh Akhir Serah Nama Calon MB

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan tempoh kepada Pakatan Rakyat sehingga 3 September ini untuk mengemukakan nama bagi jawatan menteri besar.

Menerusi surat daripada istana yang dikeluarkan pada Rabu kepada PAS, PKR dan DAP, Pakatan Rakyat diarahkan untuk memberikan lebih banyak nama selewat-lewatnya 3 September ini, walaupun PKR dan DAP berkeras untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta ketiga-tiga parti itu mengemukakan lebih daripada dua nama bagi jawatan menteri besar.

"Kami menerima surat itu hari ini dan saya telah memaklumkan kepada presiden parti mengenainya," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Artikel Lain