suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluar PAS Jika Tidak Setuju Dengan Pakatan - Khalid

Khalid Samad
SHAH ALAM: Ahli PAS yang tidak bersetuju dengan persetujuan bersama Pakatan Rakyat perlu keluar daripada parti itu, demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Ahli (pemimpin dan ahli biasa) dalam PAS yang fikir bahawa PAS lebih baik bergerak sendirian atau bersama dengan Umno boleh keluar parti kerana PAS akan terus berada dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Khalid berkata, PAS dijangka akan mengumumkan calon pilihannya pada minggu ini untuk dipersembahkan kepada istana sebagai pengganti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semestinya turut berada dalam senarai tersebut.

"Sebagai ahli Pakatan, PAS akan mematuhi apa yang diputuskan oleh pemimpinnya.

"Memandangkan Dr Wan Azizah sudah menerima sokongan majoriti daripada wakil rakyat Selangor, nama beliau pasti akan termasuk dalam senarai yang dijangka akan dihantar dalam masa sehari atau dua hari lagi," katanya.

Katanya, melainkan Dr Wan Azizah secara jelas ditolak oleh istana, PAS tidak mempunyai masalah untuk beliau mengetuai kerajaan negeri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain