suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu MB Selangor: Peluang Azmin Diketahui Petang Ini

Azmin Ali
PETALING JAYA: Peluang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali untuk menduduki kerusi panas menteri besar Selangor akan ditentukan petang Ahad.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang kini mendapat restu sekutu Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS kini dilihat sebagai penghalang kepada rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai peneraju kerajaan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dijadual mengadakan mesyuarat kira-kira pukul 5 petang ini bagi membincangkan mengenai perkembangan terbaharu krisis politik Selangor.

Satu sidang media turut dijadual akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu nanti.

Azmin kini muncul sebagai calon kedua menteri besar Selangor selepas Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada Ahad memutuskan supaya beliau turut dipertimbangkan sebagai calon berpotensi.

Sebelum ini, PAS dilihat sebagai penghalang utama kepada proses menggantikan  Khalid sebagai menteri besar Selangor, bagaimanapun mesyuarat PAS Pusat pagi Ahad menyaksikan parti itu mengutamakan kerjasama dalam PR dengan menolak kepemimpinan Khalid kerana dipecat PKR.

Artikel Lain