suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Tunduk Jika Wan Azizah Dapat Perkenan Sultan Selangor

KUALA LUMPUR: PAS akan tunduk kepada kemahuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu sekiranya Presiden PKR itu mendapat perkenan Sultan Selangor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, setakat ini, PAS Pusat mahu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan sebagai salah seorang calon menteri besar.

"Ada dua nama, kalau sultan pilih beliau (Dr Wan Azizah)...beliaulah," katanya ringkas pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di sini, Ahad.

Pada mesyuarat itu, PAS sebulat suara memutuskan supaya Azmin dan Dr Wan Azizah dipertimbangkan sebagai calon menteri besar menggantikan penyandang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ditanya mengapa PAS mahu Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dipilih, Mustafa sebaliknya bertanya kepada wartawan mengapa parti itu tidak boleh berbuat demikian.

"Mengada tidak? Mengapa? Ini prerogatif kami (PAS)" soalnya.

Artikel Lain