suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan Di Youtube: Bung Mokhtar Buat Laporan Polis Terhadap Surendran

Bung Mokhtar
KOTA KINABALU: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran kerana didakwa membayangkan perdana menteri telah mempengaruhi mahkamah dalam menetapkan tarikh untuk kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin membuat laporan polis di balai polis daerah Kinabantangan terhadap Surendran yang didakwa membuat dakwaan tersebut dalam video di YouTube.

"Dia dilihat mempersoalkan keputusan mahkamah dan membayangkan bahawa perdana menteri telah menetapkan tarikh (sabitan liwat rayuan Anwar) dalam usahanya untuk melemparkan imej buruk kepada perdana menteri," kata Bung Mokhtar.

Dalam laporannya pada Sabtu, Bung menonjolkan petikan-petikan yang didakwa oleh Surendran yang juga merupapan peguam Anwar.

"Kenyataan sedemikian oleh Surendran dalam video itu bukan sahaja satu pembohongan tetapi juga bertujuan memalukan perdana menteri, Malaysia dan integriti sistem kehakiman kita," kata Bung Mokthar sambil menambah ia secara tersirat menunjukkan bahawa Najib telah menyalahgunakan kuasanya.

Bung Mokthar juga membuat dua laporan terhadap S. Krishnan dan Hassan Karim, yang didakwa menyiarkan kenyataan melalui Twitter bahawa Sultan Selangor telah bersikap berat sebelah terhadap masalah menteri besar yang melanda Selangor.

"Saya mahu polis menyiasat posting fitnah ini," kata beliau.

Bung Mokhtar, N.Surendran, liwat

Artikel Lain