Krisis MB Selangor Pengajaran Buat Semua - Semasa | mStar

Krisis MB Selangor Pengajaran Buat Semua

Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Kemelut politik di Selangor selama beberapa bulan harus menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata 'drama panjang' di Selangor menarik untuk ditonton, namun sebagai akibat, rakyat di negeri ini yang benar-benar merasai penderitaannya.

"Ini hanya sebuah negeri di negara ini, dan mereka (Pakatan Rakyat) sedang dalam proses merebut kuasa.

"Ini adalah memalukan. Mereka tidak dapat menyelesaikannya dan ia telah berlarutan sekian lama," kata Muhyiddin dalam ucapan pembukaannya di Persidangan Perhimpunan Agung  Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ke-38 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau berkata walaupun pembangkang mempunyai orang yang berkelayakan, namun masih tidak mampu menyelesaikan pergolakan yang melanda negeri ini untuk tempoh beberapa bulan.

Muhyiddin berkata krisis seperti ini adalah satu pengajaran kepada semua orang termasuk Barisan Nasional (BN).

"Inilah sebabnya mengapa kita mahu menjadi lebih baik, kita mahu menyelesaikan masalah-masalah rakyat," katanya.

Merujuk kepada krisis air Selangor, Muhyiddin berkata kerajaan Persekutuan bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan menandatangani memorandum persefahaman bagi projek Langat 2.

"Itulah yang dikatakan Kerajaan, untuk membantu rakyat," kata Muhyiddin yang juga timbalan presiden BN.

Muhyiddin juga menggesa ahli Kimma tampil dengan "faktor wow" yang akan mengubah persepsi rakyat terhadap BN.

Beliau berkata, empat tahun akan datang akan menjadi lebih mencabar, oleh itu penting untuk setiap parti komponen dalam BN dan juga parti-parti sekutu bekerjasama dan mendapat sokongan rakyat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin , PKR , BN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain