suria

Pesta Sukan Bogel: Lima Individu Direman

Dua wanita dibawa keluar dari bilik reman Mahkamah Majistret di sini, Ahad selepas mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan pesta bogel di pantai Telok Kampi, Taman Negara, Teluk Bahang baru-baru ini.
GEORGE TOWN: Lima individu, termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai Ahad bagi membantu siasatan kes pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan Lai Fah Hin berkata, rakyat Singapura berusia 30-an itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pagi Sabtu.

"Kelima-lima mereka iaitu dua wanita dan tiga lelaki berusia antara 24 dan 57 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret George Town pada pukul 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kesemua mereka termasuk dua yang disyaki penganjur pesta itu menyerah diri sekitar pukul 10.30 pagi dan 6 petang semalam.

Lai berkata, sehingga kini tujuh daripada 15 individu yang disyaki terlibat dalam pesta itu ditahan.

Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.


Artikel Lain