suria

Warga Thai Disiasat Tipu Jualan Telefon Bimbit Secara Online

KANGAR: Seorang warga Thai ditahan kerana dipercayai membuat penipuan penjualan telefon bimbit secara dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Perlis, Supritendan Tengku Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, suspek didakwa mengiklankan penjualan itu menerusi Facebook.

"Bagaimanapun kes itu masih disiasat lanjut," katanya.

Beliau berkata, lelaki tersebut adalah antara tujuh yang diberkas dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan 11 Ogos lalu hingga malam tadi.

Mereka yang berumur antara 20-an hingga 40-an didapati melakuan jenayah samun, komersial dan narkotik.

Dalam operasi lima hari itu sebanyak 378 orang, 256 motosikal, 280 kereta dan 90 bas, lori dan van diperiksa dengan 31 saman trafik dikeluarkan, 1,761 DVD haram dirampas serta beberapa gram heroin dan syabu, katanya.


Thai, telefon bimbit, Facebook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain