suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ugut Bunuh Ibu: Penganggur Dihukum Penjara Lima Tahun

KOTA BAHARU: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang penganggur yang mengugut untuk membunuh ibunya sendiri.


Majistret Nik Habri Muhamad membuat keputusan itu selepas Zulkifli Salleh, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Zukifli didakwa mengacukan sebilah pisau sambil berkata "Aku bunuh mu" kepada Mek Bidah Hanapi, 51, dengan niat untuk menyebabkan ketakutan di rumah mereka di Kampung Tikat, Jalan PCB, Badang di sini pukul 7.40 malam pada 29 Jun lepas.

Tertuduh ditahan pada 2 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Zulkifli tidak diwakili peguam.

ugut, Zulkifli Salleh

Artikel Lain