suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Sahabat Rugi Disamun RM160,000

NIBONG TEBAL: Empat sahabat kerugian lebih RM160,000 selepas pelbagai barangan berharga milik mereka disamun tiga lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol ketika sedang minum di sebuah kedai makanan di Sungai Bakap, pagi Ahad. 

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 5 pagi itu, empat lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu sedang minum sebelum sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki tiga suspek berhenti di hadapan kedai makan berkenaan. 

"Dua daripada tiga lelaki berkenaan keluar dari kereta dan menghampiri mangsa sebelum seorang suspek mengacukan sepucuk pistol sambil mengarahkan mereka tunduk di bawah meja. 

"Suspek turut mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga yang mereka miliki," katanya.  

Katanya empat lelaki berkenaan yang bimbang dicederakan menyerahkan dua utas jam tangan berjenama Rolex bernilai RM130,000, sebentuk cincin emas, wang tunai RM800 dan dua unit telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM162,000.  

Jurucakap itu berkata dua suspek berkenaan melarikan diri dengan menaiki kereta bersama rakan mereka yang menunggu di kenderaan.   

Katanya ketika kejadian kedai makanan berkenaan sudah tutup dan hanya empat lelaki itu duduk menghabiskan minuman mereka.  

"Empat lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tidak berlaku pergelutan," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan ACP Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana diarah tunduk ke bawah.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan di talian 04-582 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

samun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain