Pasukan DVI Malaysia Dipuji Rakan Antarabangsa

Mohamad Salleh bersalaman dengan 11 anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan ke lokasi nahas MH17 di Ukraine sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad,

SEPANG: Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia yang membantu proses penandaan dan pemindahan mayat korban nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Kharkiv, Ukraine mendapat pujian pasukan DVI antarabangsa lain. 

"Selepas menerima ‘item’ (mayat dan anggota badan mangsa), kumpulan kita telah melakukan dokumentasi, merakam gambar selain merekodkan segala maklumat berkaitan yang boleh membantu mengenal pasti identiti mangsa. 

“Lebih 50 anggota kita menguruskan proses DVI di Kharkiv iaitu pasukan DVI yang paling ramai.

"Kita dapat pujian daripada pasukan DVI antarabangsa yang lain kerana melaksanakan tugas dengan baik," kata Timbalan Komandan pasukan DVI Malaysia itu, DSP Mohd Hakim Hashnom. 

Beliau merupakan antara 11 anggota DVI Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini selepas berada di Kharkiv selama 22 hari. 

Ketibaan kumpulan kedua itu pada Ahad disambut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh. 

Kumpulan pertama terdiri daripada 21 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan enam anggota VAT69 tiba di KLIA. 

Mohd Hakim, 31, yang merupakan anggota Bahagian Databank DNA D31 Bukit Amanberkata, beliau dan anggota yang bertugas di Kharkiv tidak dapat mengawal tangisan apabila menerima mayat-mayat mangsa nahas. 

Jelasnya pasukan itu tidak memasuki lokasi kejadian kerana tugas itu dipikul oleh pasukan lain. 

Pesawat MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis, 17 Julai. 

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. 

Dipercayai pesawat itu ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan. 

DVI, PDRM, Kharkiv, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain