suria

Universiti Dedah Identiti Pelajar Perubatan Mati Ditikam Dalam 'Posting' FB

Aidan Brunger (kiri) dan Neil Dalton.
PETALING JAYA: Identiti kedua-dua pelajar perubatan warga Britain yang ditikam hingga mati oleh empat lelaki tempatan di Kuching telah didedahkan dalam 'posting' di halaman Facebook rasmi universiti. 

Nama Neil Dalton dan Aidan Brunger, didedahkan oleh pemangku naib canselor Universiti Newcastle, Prof Tony Stevenson dalam 'posting' itu yang menambah bahawa pelajar berkenaan ditempatkan selama enam minggu di Kuching untuk latihan kerja.

"Neil Dalton dan Aidan Brunger, kedua-duanya berusia 22 tahun, berada di penempatan kerja selama enam minggu bersama-sama dengan lima orang pelajar perubatan yang lain untuk menggunakan kemahiran yang mereka telah belajar di universiti di sini untuk dipraktikkan.

"Perkara ini adalah satu kejutan besar kepada kita semua dan ingatan kami sentiasa bersama-sama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk berdepan saat-saat yang yang sukar ini," menurut 'posting' tersebut.

Stevenson berkata dua kakitangan universiti terbang ke Kuching dan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi British untuk memberi sokongan kepada pelajar-pelajar lain dan untuk mengatur penerbangan pulang mereka.

Bahagian komen pada 'posting' di Facebook itu dipenuhi dengan mesej takziah.

Dalton dan Brunger ditemui mati dibunuh di pada pukul 4.15 pagi Rabu dengan kesan tikaman di dada dan belakang selepas pertengkaran awal pagi dengan empat lelaki tempatan di Abell Road.

Seorang pekerja restoran telah memberitahu polis selepas menyaksikan kejadian itu.

Pergaduhan didakwa berlaku antara mangsa dan suspek ketika kedua-dua pihak sedang telah minum di sebuah pub.

Apabila pelajar terbabit meninggalkan pub, suspek mengejar mereka di dalam kereta dan salah seorang suspek menyerang mangsa.

Pada 6 pukul pagi, polis menahan tiga daripada suspek di rumah mereka dan merampas kereta, pisau dan telefon mudah alih.

Mereka telah ditahan reman selama tujuh hari. Suspek keempat ditahan pada pukul 4.45 petang dan akan ditahan reman pada Khamis.

Suspek utama adalah penjual ikan berusia 23 tahun. Salah seorang lagi suspek adalah seorang mekanik berusia 29 tahun manakala dua lagi menganggur, berumur 19 dan 35 tahun.

Dua daripada mereka mempunyai sabitan terdahulu bagi kesalahan berkaitan dadah dan rompakan bersenjata.

Dalton dan Brunger tiba di Sarawak pada bulan Jun untuk menjalani penempatan kerja selama enam minggu di sebuah hospital tempatan di sana.

Mereka dijangkakan akan menamatkan penempatan kerja pada Khamis dan merancang untuk kembali ke Britain akhir bulan ini.

Artikel Lain