suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beradik Dibebaskan Daripada Tuduhan Membunuh

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis membebaskan dan melepaskan dua beradik tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan membunuh, empat tahun lepas. 

M.Thanasegaran, 25, dan abangnya M.Devinthiran, 28, dituduh membunuh K.Perumal, 27, di hadapan rumah bernombor No. A11, Bahagian Sepong, Ladang Sungai Samak di Ulu Bernam pada 9 malam 14 November 2010.

Kedua-dua beradik yang bekerja sebagai buruh ladang itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, dan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan isteri si mati sedangkan dia adalah saksi berkepentingan.

Katanya keputusan itu juga dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan laporan polis yang dikatakan dibuat oleh isteri si mati, saksi utama kes berkenaan. 

12 saksi memberi keterangan di mahkamah sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aiza Khairuddin manakala Thanasegaran dan Devinthiran diwakili peguam V.Santhiran.
M.Thanasegaran, M.Devinthiran

Artikel Lain