suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: Bekas Penolong Pengarah JKR Sarawak Didenda RM35,000

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penolong pengarah ukur bahan Jabatan Kerja Raya Sarawak didenda berjumlah RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi tujuh kesalahan menerima rasuah membabitkan pembayaran ansuran kereta milik isterinya daripada sebuah syarikat pembinaan.

Hakim Mohd Nasir Nordin mengenakan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Ismail Ahim, 60, selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah pada Khamis.

Mahkamah turut memerintahkan Ismail menjalani hukuman penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda. 

Bagaimanapun, Ismail membayar denda itu.

Ismail didakwa menerima suapan berjumlah RM8,624 melalui akaun isterinya, Norinah Abdul Ghani, 47, sebagai bayaran ansuran kereta Norinah dalam bentuk cek di AmBank (M) Berhad Cawangan Taman Maluri antara 24 April 2007 dan 18 Januari 2008 melalui tujuh transaksi.

Mengikut pertuduhan, suapan berkenaan diterima Ismail daripada Syarikat Inai Kiara Sdn Bhd, yang diketahui ada kena-mengena dengan urusan rasminya sebagai Penolong Pengarah Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Sarawak ketika itu.

Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini (IKhamis) sebagai perbicaraan kes.

Ismail didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nik Syahril Nik Ab Rahman manakala tertuduh diwakili peguam Fahri Azzat. 

Rasuah, JKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain