suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ebola: Saringan Kesihatan Turut Libat Ketibaan Dari Filipina, AS, Britain

Pemeriksaan kesihatan menggunakan pengimbas suhu yang akan mengesan suhu badan para penumpang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

PETALING JAYA: Mereka yang tiba di Malaysia dari Filipina, Amerika Syarikat (AS) dan Britain kini turut melalui saringan kesihatan di pintu masuk utama negara berikutan penularan wabak Penyakit Virus Ebola (EVD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan dan pemantauan itu sudah pun bermula.

Beliau berkata, pendekatan itu dikuatkuasakan berikutan laporan mengenai lima warga Filipina yang baru-baru ini tiba dari Sierra Leone ditempatkan di bawah pemerhatian manakala selebihnya didapati negatif virus itu.

Dr Noor Hisham berkata, walaupun wabak itu pada masa ini dilihat menumpukan kawasan-kawasan di Afrika Barat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi peringatan kepada negara-negara anggotanya untuk meningkatkan kesediaan terhadap sebarang kemungkinan.

"Kementerian telah mengaktifkan langkah-langkah persediaan di pintu masuk utama negara dan institusi kesihatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ebola, EVD

Artikel Berikut

Artikel Lain