suria

Seorang Maut, Tiga Parah Kereta Terjunam Dalam Gaung

BELURAN: Seorang lelaki maut manakala tiga orang lagi daripada tujuh sekeluarga, parah selepas sebuah kereta pacuan empat roda terjunam ke dalam gaung di kilometer 48 Jalan Beluran Telupid di sini awal Selasa.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt V.Sivanathan berkata mangsa yang dikenali sebagai Diong Mohamad, 58, mati di tempat dalam kemalangan yang berlaku pukul 2 pagi selepas kenderaan itu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Sivanathan mengenal pasti mereka yang cedera sebagai Musa Yasin, 62, Nazirah Jarib, 19 dan Norainah Diong, 26.

Tiga lagi termasuk dua kanak-kanak dalam kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan, katanya ketika dihubungi.

Sivanathan berkata kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas bercuti di Tawau.

Menurutnya mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Beluran dan dilaporkan stabil.


Sabah

Artikel Lain