suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 400 Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Terbakar

Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Kira-kira 420 orang tinggal sehelai sepinggang apabila lebih 40 buah rumah di pesisir pantai di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini, musnah dalam kebakaran, Selasa.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat Jasri Abdul Jal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.45 tengah hari sebelum tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

Beliau berkata, tiga jentera bomba berserta 27 anggota dan pegawai termasuk 11 anggota pasukan bomba sukarela dari Balai Bomba Kudat dan Balai Bomba Kota Marudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengawal kebakaran tersebut kerana faktor kedudukan rumah yang padat dan cuaca panas serta berangin di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, jumlah kerugian dan punca kejadian masih disiasat.


Tanjung Kapur, Kudat, terbakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain