suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan Letak Jawatan, Khalid Diberi Surat Tunjuk Sebab

Salinan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid.
PETALING JAYA: Akibat enggan tunduk terhadap desakan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Terdesak dengan agenda untuk menggulingkan Abdul Khalid, PKR menerusi Lembaga Disiplinnya pada Selasa mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadapnya yang perlu dijawab dalam tempoh tiga hari.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, tindakan disiplin itu dibuat berdasarkan kenyataan terbuka Abdul Khalid pada 22 Julai lalu yang enggan mengosongkan kedudukannya selaras keputusan parti.

Abdul Khalid perlu menjawab surat berkenaan selewat-lewatnya pada Jumaat ini.



"Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden PKR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Namun kenyataan media Tan Sri Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan telah mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Keputusan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Abdul Khalid dibuat pada mesyuarat Khas Biro Politik PKR pada Ahad lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain