suria

Azman Akui Gagal Bantu Isu MB Selangor

Khalid Ibrahim

KLANG: Setiausaha Politik kepada Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, surat tunjuk sebab dari kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal menjadi satu lagi isu yang akan terus memusnahkan harapan rundingan damai yang kini semakin rapuh.

Azman Abidin menegaskan, tiada keputusan dibuat dalam mesyuarat Biro Politik PKR pada Ahad lalu berkaitan surat tunjuk sebab terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Sebaliknya, Azman mendakwa beliau telah diarahkan untuk segera mengatur pertemuan antara Abdul Khalid dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

"Mesyuarat antara kedua-dua mereka sepatutnya diadakan pada malam Isnin tetapi ia tidak berlaku," kata Azman ketika dihubungi The Star. 

Beliau berkata, mesyuarat itu tidak diadakan kerana Abdul Khalid berang selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengeluarkan kenyataan mendedahkan salah guna kuasanya termasuk membabitkan hutang dengan Bank Islam dan urusniaga tanah. 

"Tan Sri (Khalid) bertanya mengapa mereka menyerang beliau dari belakang dan pada masa yang sama meminta diadakan mesyuarat untuk menyelesaikan perkara itu. 

Katanya, parti memberikan tempoh hingga ke hari ini untuk mengatur mesyuarat itu tetapi kini kenyataan mengenai surat tunjuk sebab dikeluarkan.

"Saya rasa ini tidak akan dapat menyelesaikan isu antara Khalid dan kepimpinan tertinggi parti," kata Azman. 

"Saya tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk membantu meringankan ketegangan dan membantu pemimpin mencapai kata sepakat.

"Saya percaya saya telah gagal untuk membantu menyelesaikan perkara itu," kata Azman.

Azman Abidin, PKR, Khalid Ibrahim

Artikel Lain