suria

Ebola: Belum Ada Arahan Kepada Jabatan Imigesen Kawal Kemasukan Dari Afrika Barat

PETALING JAYA: Tiada arahan yang dikeluarkan setakat ini untuk mengawal kemasukan mereka yang datang dari negara di Afrika Barat berikutan terdapat peningkatan kes virus Ebola, kata Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah pada Isnin.

"Saya tidak dimaklumkan mengenai sebarang arahan untuk menghalang kemasukan pelawat dari negara-negara terjejas daripada memasuki Malaysia.

"Bagaimanapun, warganegara dari negara-negara yang terjejas di Afrika yang memerlukan visa akan menghentikan pengeluarannya sekiranya perlu untuk mengawal penularan penyakit yang boleh membawa maut ini," kata Ibrahim.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa wabak Ebola di Guinea, Sierra Leone dan Liberia telah merebak lebih cepat daripada usaha untuk mengawalnya. 

Sehingga kini, terdapat 1,201 kes disahkan di negara-negara berkenaan. Lebih 800 orang meninggal dunia akibat penyakit itu sejak Februari lalu.

Ebola merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair dan tisu badan mereka yang dijangkiti. Ia mempunyai kadar kematian sehingga 90%.

Artikel Lain