suria

Bertolak Ansur Dan Hormatilah Agama Lain - Dr Subramaniam

Dr Subramaniam.

PETALING JAYA: Masyarakat Malaysia perlu terus hidup secara bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain bagi menjaga dan menikmati keharmonian negara yang dikecapi selama ini.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Malaysia yang dikenali dunia dengan masyarakat majmuknya, akan musnah dalam sekelip mata jika sentimen berkaitan agama dan kaum tidak dijaga. 
 
"Tindakan tidak menghormati agama lain mampu meruntuhkan perpaduan dan kestabilan negara, Perlembagaan sudah pun menjelaskan masyarakat berbilang kaum boleh hidup secara aman dalam satu negara", katanya.

Dr Subramaniman yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian semasa berucap dalam majlis mengumpul dana bagi membina bangunan Persatuan Yogi Ramsurat Kumar di Wisma Peladang di sini, hari ini.

Menurutnya semua kaum perlu mendukung prinsip Rukun Negara selain menghormati undang-undang serta mengamalkan nilai positif bagi mengekalkan perpaduan kaum yang terjalin selama ini.

Pada majlis itu beliau turut memberi sumbangan sebanyak RM20,000 bagi pembinaan bangunan baharu persatuan tersebut.

Artikel Lain