suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Dituduh Bunuh Warga Emas

KOTA TINGGI: Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun pada Ahad didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh seorang wanita warga emas, bulan lepas.

Juvana itu dituduh membunuh Jariah Abu Bakar, 62, di dalam rumah bernombor 1213, Blok 9, Felda Lok Heng Barat, di sini, pada 12.05 tengah hari, 22 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hairul Azhar Muhamad.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Sept ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Natassa Zaini.


Warga Emas, Remaja, Mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain