suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Disamun, Rakan Dirogol

BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan empat lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang, Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun itu bersama seorang kawan wanita warga asing yang berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai, diserang kumpulan berkenaan ketika berehat di hentian jambatan itu.

Katanya, suspek yang pada mulanya ingin menanya jalan menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa.

"Suspek membawa kereta mangsa ke kawasan terpencil di Sungai Dua yang mangsa mendakwa dirogol tiga suspek tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Ahad.

Tambahnya, suspek juga melarikan dompet, telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM1,000 dan peralatan berharga milik mangsa.

Nasir berkata selepas beberapa jam, mangsa wanita itu ditinggalkan suspek di sebuah stesen minyak di Sungai Dua sebelum kereta yang dilarikan dijumpai di kawasan Sungai Puyu, Butterworth.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin sini.

Nasir berkata siasatan awal polis mendapati keempat-empat suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

"Kami sedang menjalankan siasatan dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
samun, rogol

Artikel Lain