suria

Penolong Pengurus Restoran Makanan Segera Nyaris Disamun

IPOH: Seorang penolong pengurus cawangan restoran makanan segera di Silibin di sini nyaris disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di hadapan premis restoran itu di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang ketika penolong pengurus tersebut baru sahaja keluar dari premis restoran itu apabila tiba-tiba sebuah Honda Civic berhenti di hadapan premis berkenaan.
 
"Mangsa kemudian melihat tiga lelaki turun dari kenderaan itu dengan bersenjatakan dua bilah parang. Suspek kemudian cuba menarik beg sandang mangsa yang berisi wang tunai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata bagaimanapun mangsa dengan segera melawan suspek dan menolak mereka sebelum berlari masuk ke dalam restoran manakala kumpulan suspek yang memakai kain penutup muka terus melarikan diri dengan menaiki kereta bernombor pendaftaran AJP 6088.

Artikel Lain