suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenderaan Dijangka Bertambah Menjelang 2 Petang Ini

Kenderaan semakin banyak memasuki ibu negara semasa tinjauan di Lebuhraya PLUS, Kuala Lumpur pada Jumaat. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan yang bergerak ke ibu kota selepas empat hari sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka meningkat pada kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata peningkatan kenderaan dijangka berlaku di semua arah namun pada ketika ini hanya terdapat dua kawasan mencatatkan pertambahan jumlah kenderaan sejak awal pagi.

Katanya dua kawasan itu ialah dari arah Bukit Gantang menghala ke Kuala Kangsar, Perak dan dari arah Nilai ke Seremban.

"Kami menjangkakan kenderaan meningkat selepas solat Jumaat," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di Bangunan Sultan Iskandar dari Malaysia ke Singapura bergerak perlahan sejak pagi.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Artikel Berikut

Artikel Lain