suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

24 Kawasan Catat IPU Sederhana Pagi Ini

Beberapa kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU sederhana pagi Jumaat.
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 24 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat pukul 8 pagi Jumaat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) antara kawasan itu ialah Bakar Arang mencatatkan IPU (61), Indera Mahkota (54), Seri Manjong (52), Kuching (66), Kemaman (51), Putrajaya (53) dan Pelabuhan Klang (63).

Sementara 27 kawasan lagi mencatatkan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 100 ke 200 (tidak sihat), 200 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Artikel Lain