suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sibu Catat IPU Sangat Tidak Sihat, Kebanyakan Kawasan Di Lembah Klang Tidak Sihat

PETALING JAYA: Kualiti udara di Sibu ketika kini berada di tahap "sangat tidak sihat" dengan indeks pencemaran udara (IPU) mencatatkan bacaan 204 setakat pukul 3 petang Isnin.

Bacaan itu menunjukkan peningkatan daripada IPU 196 pada pukul 7 pagi Isnin.

Selain Sibu, kawasan lain yang mempunyai bacaan IPU "tidak sihat" setakat pukul 4 petang adalah Samarahan (106), Sri Aman (110) di Sarawak, Kuala Selangor (115), Pelabuhan Klang (145) dan Shah Alam (101) di Selangor, dan Batu Muda (105) di Kuala Lumpur.

IPU di kawasan lain di negara ini direkodkan sebagai "sederhana" dan "baik",

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai ingin mendapatkan bacaan IPU di kawasan mereka boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php.

Artikel Lain