Presiden MCA, MIC Ucap Selamat Hari Raya - Semasa | mStar

Presiden MCA, MIC Ucap Selamat Hari Raya

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di negara ini.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, turut menasihati rakyat Malaysia agar memandu dengan bijak supaya selamat tiba ke destinasi masing-masing.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Pandulah dengan bijak agar tiba dengan selamat ke destinasi," katanya dalam laman Twitter.

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat beragama Islam di seluruh negara.

"Semoga raya tahun ini akan disambut dengan lebih meriah bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa melupakan golongan kurang bernasib baik dan warga tua," katanya dalam laman Facebook.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, rakyat Malaysia sangat beruntung kerana dapat hidup dalam suasana aman serta tenteram sambil meraikan pelbagai perayaan sepanjang tahun.

"Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah dan kesedihan di atas tragedi yang menimpa pesawat MH17 baru-baru ini.

"Semoga semua ahli keluarga serta rakan penumpang dan anak-anak kapal bersabar dan tabah menempuh saat yang amat menyedihkan ini," katanya.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut membuat ucapan Hari Raya melalui laman twitternya, Isnin.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga pada hari yang mulia ini, kita bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini