suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Kad Bank Dan Kad Kredit Ditemui Di Lokasi Nahas

DONETSK: Secara tiba-tiba pasukan penyiasat menemui beberapa kad bank dan kad kredit di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Jurucakap Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata, pasukannya menemui kad-kad berkenaan berhampiran lokasi bangkai pesawat.

"Untuk pertama kalinya kami menemui dokumen pengenalan diri, kad ID dan kad bank. Kami kerap kali berada di lokasi namun tidak pernah menemuinya sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat malam.

Tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab meletakkan kad-kad tersebut di lokasi kejadian.

Walau bagaimanapun, laporan sebelum ini mendakwa kad kredit milik mangsa MH17 telah digunakan.
MAS, MH17

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain