"Hari ini mangsa pertama penerbangan MH17 telah dikenal pasti.
"Mangsa adalah seorang warganegara Belanda dan keluarga mangsa serta Datuk Bandar di mana mereka tinggal sudah dimaklumkan," kata Kementerian Kehakiman dalam kenyataan pada Sabtu.
Kementerian itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mangsa.
Belanda bertanggungjawab untuk mengenal pasti identiti semua mangsa - 193 daripada mereka adalah rakyat Belanda.
"Pasukan yang dianggotai 200 orang pakar itu kini sedang sibuk dengan proses mengenal pasti mangsa, proses ini boleh memakan masa selama beberapa bulan," kata kenyataan itu.


