suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Dalam Kejadian Pesawat Air Algerie - Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian pesawat Air Algerie yang dilaporkan terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers pada Khamis.

Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

"Sehingga kini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu," katanya di sini, Jumaat.

Agensi berita Xinhua melaporkan penerbangan AH5017 membawa 110 penumpang dan enam anak kapal hilang dari skrin radar setelah 50 minit berlepas dari Lapangan Terbang Ouagadougou di Burkina Faso menuju ke Algiers, Algeria.

Pesawat itu hilang semasa terbang di Wilayah Gao, Mali kira-kira 500 km dari selatan sempadan Algeria, menurut laporan itu.

Menteri Luar Algeria, Ramtane Lamamra mengesahkan pesawat itu terhempas di negara jiran, Mali.

Air Algerie, Burkina Faso

Artikel Lain