suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17:Jasad Mangsa Mungkin Tidak Dapat Dibawa Balik Sebelum Aidilfitri - Najib

Najib menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda Ke Malaysia, Harry Molenaar (dua dari kiri) di ibu negara, Khamis.
KUALA LUMPUR: Jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia berkemungkinan tidak dapat dibawa balik ke tanah air sebelum Aidilfitri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda ke Malaysia, Harry Molenaar di sini pada Khamis.

Dalam nahas membabitkan pesawat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu, seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban selepas ia ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab pada 17 Julai lalu.


MH17, jasad, Duta Belanda

Artikel Lain