suria

Bekalan Telur Cukup Menjelang Raya

KUALA LUMPUR: Pemborong telur di Gombak berpuas hati dengan jumlah stok telur bagi menampung keperluan sepanjang musim perayaan ini.

Tze Seng Wah berkata, kedainya sentiasa bersiap sedia dengan stok raya dan tidak perlu risau dengan permintaan yang tinggi.

"Kedai saya biasanya yang datang adalah peniaga runcit, pasar malam atau pengguna di rumah. Jika mereka ambil banyak, saya akan berikan sedikit diskaun mengikut gred.

"Tetapi saya tetap mengehadkan jumlah pembelian kerana bagi memastikan orang lain juga boleh beli," katanya kepada mStar Online.

Seng Wah berkata, beliau sentiasa menjual telur pada harga yang ditetap oleh kerajaan iaitu 34 sen kepada peruncit, dan biasanya mereka menjual kepada pengguna dengan harga 40 hingga 50 sen sebiji mengikut gred.

"Kadang-kadang ada juga pengguna terus membeli dengan saya, lebih-lebih ketika musim perayaan," jelasnya  kepada mStar online.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang ditetapkan kementerian agar mereka tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Sebanyak 18 jenis barangan disenaraikan sebagai harga barangan kawalan mulai 20 Julai hingga 5 Ogos depan untuk memastikan rakyat dapat memperoleh barangan keperluan harian seperti biasa sepanjang musim perayaan ini.

Senarai harga telur:

1.Gred A 0.34 sen (borong), 0.36 sen (runcit) 

2.Gred B 0.33 sen, 0.35 sen 

3.Gred C 0.32 sen,dan 0.34 sen.

telur cukup, gombak

Artikel Lain