suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Isnin

Pemandangan di Pelabuhan Klang kelihatan kabur berikutan jerebu.

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kawasan catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi Isnin.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan ialah Pelabuhan Klang, Selangor mencatatkan bacaan 139, Kuala Selangor, Selangor (127), Kampung Air Putih, Taiping (129) dan Seri Manjung, Perak (110).

Sementara sebanyak 34 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana. 

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU, Jabatan Alam Sekitar, JAS

Artikel Lain