suria

Dua Lelaki Dikehendaki Polis Ditembak Mati

TEMERLOH: Dua lelaki dikehendaki polis ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis pada Jumaat.

Suspek masing-masing berusia 24 dan 28 tahun mati serta-merta di tempat kejadian.

Polis menjumpai sebilah parang dan sepucuk revolver di tempat kejadian.

Insiden berlaku kira-kira pukul 10 malam di Kampung Bangau Tanjung dekat sini.

Polis peronda ternampak dua suspek berkelakuan mencurigakan di dalam sebuah kereta dan bertindak memintas kenderaan mereka untuk melakukan pemeriksaan.

Namun, pemandu kemudiannya memecut laju dan merempuh kereta polis peronda sebelum melarikan diri.

Polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta terbabit untuk menghalang mereka daripada melarikan diri sebelum berlakunya adegan kejar-mengejar.

Selepas adegan kejar-mengejar sejauh 1 kilometer, kereta kedua-dua suspek tiba-tiba berhenti.

Polis mengarahkan mereka menyerah diri tetapi salah seorang suspek ingin melarikan diri sehingga memaksa tembakan dilepaskan.

Insiden berbalas tembakan menyaksikan kedua-dua suspek ditembak mati di tempat kejadian.

Pemeriksaan mendapati pemandu kereta itu yang berasal dari Kluang, Johor mempunyai 17 rekod jenayah lampau dan antara penjenayah paling dikehendaki polis.

Rakannya dari Paya Pulai di sini mempunyai empat rekod jenayah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain