Malaysia Hantar Bantuan Ke Gaza - Najib - Semasa | mStar

Malaysia Hantar Bantuan Ke Gaza - Najib

PUTRAJAYA: Malaysia bersedia mengembleng misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi memenuhi permintaan pemimpin Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ketika berhubung dengan Ketua Biro Politik Hamas Khalid Meshaal melalui telefon malam Isnin untuk menyampaikan rasa simpati rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin akibat serangan Israel, pemimpin Hamas itu ada meminta bantuan.

"Saya telah memaklumkan bahawa kita bersedia untuk hantar bantuan," katanya dalam sidang media di Seri Perdana di sini, Selasa.

Najib berkata beliau telah meminta Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membuat persediaan untuk mengembleng misi kemanusiaan seperti bantuan makanan dan perubatan.

"Akan dibawa bersama doktor ortopedik dan surgeon (pakar bedah) untuk menolong mereka dari segi perubatan dan sebagainya," katanya.

Najib berkata tarikh penghantaran misi kemanusiaan tersebut masih belum dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada Mesir untuk membuka laluan Rafah untuk ke Gaza.

"Barangkali dalam masa dua minggu misi kemanusiaan ini dapat dilakukan," katanya.

Najib berkata Malaysia telah membuat saranan terbuka supaya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bertindak terhadap Israel.

"Kita akan terus melakukan (desakan) melalui saluran diplomatik supaya kedua-dua organisasi ini dapat bertindak," katanya.

Ditanya sama ada beliau ada menghubungi pemimpin dunia yang lain, Najib berkata: "Belum lagi dan saya akan tengok perkembangan".

Apabila ditanya sama ada Malaysia akan mengetuai peranan bagi negara-negara Islam memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan serangan di Gaza, Najib berkata: "Kita tidak akan memainkan peranan sebagai peneraju kerana negara kita tidak berada di kawasan berkenaan. Kita mesti memainkan peranan kita kerana tahap penderitaan (penduduk Gaza) amat teruk."

Najib berkata Malaysia juga sedang mengumpul dana melalui pelbagai aktiviti bagi membantu rakyat Palestin.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengalakkan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menghulurkan bantuan agar berhubung dengan Biro Kebajikan Umno agar ia boleh diselaraskan.

'Pusat kita melalui Biro Kebajikan Umno dan ia boleh diselaraskan kerana mereka akan melakukan misi dan membawa bantuan," katanya.

Dalam perbualan telefon selama 10 minit antara beliau dengan Khalid, Najib berkata beliau juga menyatakan pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis yang telah mengorbankan orang awam yang tidak berdosa.

Khalid juga menyatakan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana bersimpati dengan nasib mereka serta pendirian tegas negara kita, katanya.


Gaza

Artikel Sebelum

Dua Lelaki Samun RM50,000

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain